Tema ini membincangkan sejarah negara bermula dengan sejarah pengasasan Kesultanan Melayu Melaka dan kegemilangannya sehinggalah kedatangan kuasa luar. Di samping itu, tema ini turut memberikan penjelasan tentang sejarah awal Sarawak dan Sabah.
Menerusi pengajaran dan pembelajaran tema ini, murid juga berpeluang mengetahui tentang zaman penjajahan yang merangkumi kedatangan kuasa luar dan penentangan penduduk tempatan terhadap penjajahan.
Objektif :
1. Mengenal perkembagan sejarah negara dari zaman kesultanan melayu melaka, sejarah awal sarawak dan sabah hingga ke zaman penjajahan
2. mengetahui kedatangan kuasa luar di negara kita
3. mengetahui corak penentangan tokoh-tokoh pada zaman penjajahan.
No comments:
Post a Comment